Sayur Pak Choy Hidroponik Yang Subur Hasil Penggunaan Nera Plant Booster
Sebut saja sayur Pak Choy, pasti terbayang keenakan rasanya bila dimasak tumis dengan sos tiram. Masak separuh masak sahaja, biarkan masih ada kerangupannya untuk mengekalkan khasiat dan kenikmatan dalam setiap kunyahan. Taburkan dengan hirisan cili merah besar dan bawang goreng untuk memberikan variasi warna dan rasa padanya. Makan bertambah-tambah jadinya!
Sumber Image: Klik Sini |
Sayur Pak Choy adalah antara sayur-sayuran yang mendapat permintaan tinggi. Harganya juga lebih mahal berbanding sawi biasa. Jadi, untuk usahawan tani, petani dan juga penggemar menanam sayur-sayuran, Pak Choy adalah antara sayur-sayuran yang menjadi pilihan mereka untuk ditanam samada dalam skala besar atau kecil.
Apabila menanam sayur-sayuran, kita pasti ingin mendapatkan hasil tanaman yang subur, mempunyai daya tahan kepada jangkitan penyakit, berkualiti, lebih mudah menyerap nutrien baja yang telah terurai oleh tanaman dan semestinya inginkan pertumbuhan yang cepat. Tempoh masa untuk menuai hasil tanaman adalah sangat penting dalam sektor pertanian. Masa adalah wang!
Mahukah anda mendapatkan hasil menanam sayur Pak Choy seperti gambar-gambar di bawah ini?
Pernah tengok sayur Pak Choy besar macam ni? Ini memang subur sangat. Macam mana caranya nak dapatkan hasil macam ni? Tak lain tak bukan, dengan menggunakan Nera Plant Booster by Edina Farm sebagai supplement untuk membantu meningkatkan hasil tanaman sehingga 40%.
Yang istimewanya Nera Plant Booster ialah ia boleh mula digunakan pada anak benih tumbuhan seawal usianya seminggu. Jadi, ia membantu tanaman mendapat khasiat dari peringkat awal ia ditanam sehinggalah ia sudah boleh dituai hasilnya.
Ia juga sesuai digunakan bagi tanaman yang ditanam dengan kaedah hidroponik. Seperti yang kami maklumkan dalam entry sebelum ini, sayur Pak Choy dari ladang ini menggunakan Nera Plant Booster dengan 2 kaedah iaitu:
- Nera Plant Booster dicampurkan ke dalam tangki baja
- Nera Plant Booster disembur pada daun
Hasil daripada penggunaan Nera Plant Booster dengan kedua-dua kaedah ini, sayur Pak Choy ini dapat dituai hasilnya dalam tempoh masa 28 hari sahaja berbanding tanpa penggunaan Nera Plant Booster yang mengambil masa sehingga 40 hari.
Cuba perhatikan pada setiap pokok Pak Choy dalam gambar di atas. Anggaran berapa helai daun agaknya untuk setiap pokok? Penuh merimbun umpama ada 2 hingga 3 pokok, sedangkan hakikatnya hanya 1 pokok sahaja! Subur dan hasil yang sangat menakjubkan dengan penggunaan Nera Plant Booster.
Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di Whatsapp Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada
0 Comment