TENTANG KAMI

by - September 01, 2019

LATARBELAKANG SYARIKAT EDINA FARM

Edina Farm telah ditubuhkan sejak tahun 2000 dan beroperasi di Hulu Langat, Selangor. Fokus Edina Farm adalah  output pertanian iaitu penternakan dan pembiakan ayam kampung asli, anak ayam kampung asli, ayam belanda, kambing biri-biri, keratan dan benih tanaman dan  makanan alternatif penternakan. 







Edlin Ghazaly ialah seorang peguam yang sangat berminat dalam bidang pertanian dan telah menternak dan bertani sejak tahun 2000. 


Nera Azlin pula adalah petani moden dan bekas peserta Inkubator Usahawan Belia Tani 2010, di bawah Jabatan Pertanian Malaysia. Beliau mendapat pendidikan asas pertanian dan telah membuka kebun sayur organik selama 5 tahun di Langkawi




Mereka berdua mempunyai minat yang sangat mendalam dalam sains pertanian.  Justeru itu, mereka telah mencari bagaimana cara penggunaan sains dapat dimanfaatkan dalam bidang pertanian. Daripada sains yang dikaji ini, Nera Plant Booster by Edina Farm telah dihasilkan.

Nera Plant Booster adalah produk penggalak tumbuhan organik (organic plant booster) dari petani untuk membantu petani meningkatkan hasil tanaman mereka. 









TAGLINE:
Dari Petani untuk Petani



LOKASI:
Edina Farm
Lot 1001, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, 
43100 Hulu Langat,
Selangor, Malaysia

You May Also Like

0 Comment