6 Tumbuhan Yang Dapat Membantu Tidur Lebih Lena

by - September 30, 2019

Tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah sangat penting bagi setiap peringkat umur manusia. Bukan sahaja bayi dan kanak-kanak memerlukannya, bahkan orang dewasa pun sangat memerlukannya. Namun, keadaan hidup pada zaman sekarang menyebabkan agak sukar untuk mendapat tidur yang berkualiti. Antara faktor yang menyebabkan susah untuk tidur lena ialah persekitaran yang kurang selesa (seperti panas, bising dan gangguan gadjet), perasaan tidak tenteram, terlalu banyak berfikir dan paling menakutkan ialah masalah isomnia dan anxiety. 



Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah sukar tidur ialah dengan pengambilan ubat-ubatan (pastikan dengan nasihat daripada doktor ya!), penggunaan essential oil dan meletakkan tumbuh-tumbuhan hidup yang dapat membantu memberikan tidur yang lebih lena dan berkualiti. 


Bagaimana tumbuh-tumbuhan dapat membantu manusia mendapat tidur yang lebih lena dan berkualiti? Seperti tidak logik bunyinya, kan? Namun, itulah antara kehebatan ciptaan Allah pada setiap makhluk ciptaan-Nya, yang memberi manfaat kepada makluknya yang lain. 

Berikut ialah 6 tumbuhan yang sangat sesuai diletakkan di dalam bilik tidur untuk membantu mendapatkan tidur yang lebih lena:



1. Lavender

Lavender adalah sejenis bunga yang mempunyai aroma yang menenangkan. Menghidu baunya boleh memberi kelegaan dan sekaligus menenangkan. Sebab itulah, bagi penggemar essential oil, mereka pasti tahu bahawa lavender adalah minyak pati yang wajib mereka miliki. Jika anda tidak mahu menggunakan essential oil lavender, anda boleh sahaja letakkan pokok lavender di bilik tidur anda. Ia boleh membantu anda mendapat udara yang lebih segar dengan aromanya yang menenangkan. 



2. Jasmine
Bunga Jasmin atau dikenali juga sebagai bunga melur, adalah bunga yang sangat istimewa kerana ia adalah bunga dari syurga. Warnanya yang putih adalah lambang kesucian. Baunya yang sangat harum sungguh mendamaikan. Baunya dapat menenangkan dan sekaligus memberikan rasa selesa. Kualiti tidur dapat ditingkatkan. Apabila bangun tidur, dikatakan badan akan terasa lebih segar dan bersemangat. 



3. Snake Plant
Snake plant atau juga dikenali sebagai Pokok Lidah Mak Mertua telah mendapat pengikhtirafan daripada NASA bahawa ia adalah antara 12 jenis tanaman penulenan udara. Ia membebaskan oksigen yang membersihkan udara, sekaligus membantu memberikan suasana dalam bilik tidur yang segar. Secara tidak langsung, ia membantu memberikan tidur yang lebih lena. 



4. Pokok Aloe Vera
Seperti juga pokok snake plant, pokok aloe vera adalah tanaman yang dapat membersihkan udara khususnya di dalam ruang yang tertutup dan kecil seperti bilik tidur. Jadi, dengan meletakkan pokok aloe vera di dalam bilik tidur, ia dapat memberikan udara yang lebih bersih dan membekalkan oksigen. Suasana yang nyaman dan tenang dapat membantu tidur yang lena dan berkualiti.



5. English Ivy
English Ivy adalah sejenis pokok yang menjalar. Ia cantik ditanam sebagai tanaman gantung. NASA juga telah memberikan pengikhtirafan bahawa pokok english ivy adalah antara 12 tanaman penulenan udara yang berkesan. Gantungkan sepasu pokok english ivy di bilik tidur anda untuk menikmati keindahan daunnya yang menjalar dan dapatkan tidur yang lebih lena sebelum anda memulakan hari baru yang lebih bersemangat dan segar keesokan harinya!



6. Golden Pothos
Golden Pothos juga tersenarai dalam 12 tumbuhan penulenan udara yang diikhtiraf oleh NASA. Ia adalah tanaman yang menjalar seperti english ivy. Ia sangat mudah ditanam dan memerlukan penjagaan yang minima. Sangat sesuai ditanam sebagai indoor plant kerana memerlukan pencahaya yang sedikit sahaja. Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, anda mesti meletakkan sekurang-kurangnya sepokok golden pothos dibilik tidur anda. 



Semoga perkongsian dari kami ini dapat membantu anda mencari usaha untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dengan kos yang rendah. Meletakkan tumbuh-tumbuhan seperti ini bukan sahaja dapat membantu anda tidur lebih lena, bahkan dapat dijadikan terapi untuk memberi ketenangan. Melihat tumbuh-tumbuhan hijau selama beberapa saat dapat memberikan rasa segar pada mata anda. Jika anda penat mengadap gadjet atau membaca buku contohnya, selang-selikan dengan memandang tumbuhan hijau di sekitar anda. Tak dapat tengok pemandangan luas, dapat tengok sepohon pokok di atas meja atau ditepi katil pun sudah memadai.


Selamat mencuba tips mudah ini. Oh ya, jika anda ingin menjaga pokok anda agar hidup dengan lebih segar, cantik, membesar dengan baik dan tahan dengan jangkitan penyakit, jangan lupa dapatkan Nera Plant Booster daripada kami. Nera Plant Booster, rakan tumbuhan kesayangan anda!


Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.

You May Also Like

0 Comment