Pengesahan Keputusan Ujian SIRIM untuk Sampel Nera Plant Booster
Kami telah menghantar sampel Nera Plant Booster by Edina Farm kepada pihak SIRIM untuk menjalani beberapa ujian makmal.
Keputusan ujian makmal mengesahkan bahawa produk Nera Plant Booster:
1. Mengandungi mikrob yang bermanfaat buat tanaman.
Ini menandakan bahawa Nera Plant Booster telah menjalani fermentasi dengan jayanya sewaktu dalam proses penghasilan dan mikrob yang terkandung dalam Nera Plant Booster adalah “active ingredient” yang membantu tumbesaran tanaman tanpa memberi kesan sampingan terhadap tanaman, kesihatan pengguna Nera Plant Booster dan hasil tuaian. Justeru itu, mikrob yang dikultur secara organik (bebas bahan kimia terlarang) ini adalah mikrob yang tidak membahayakan kesihatan.
2. Bebas patogen.
Nera Plant Booster tidak mengandungi patogen/mikrob merbahaya seperti salmonella, E. Coli dan sebagainya. Pendedahan kepada Nera Plant Booster tidak akan mendatangkan penyakit.
3. Bebas logam berat. Tidak bertoksik dan tidak memudaratkan jika dihidu/termakan.
Penyediaan Nera Plant Booster secara organik memastikan ia tidak tercemar dengan sisa logam berat daripada bahan mentah.
4. Nera Plant Booster sesuai untuk amalan pertanian organik.
Ini adalah kerana tiada unsur bahan kimia dalam proses pembuatannya.
Oleh itu, dengan pengesahan daripada SIRIM ini, anda boleh menggunakan Nera Plant Booster untuk SEMUA JENIS TANAMAN tanpa rasa ragu-ragu.
Shopee: Nera Plant Booster
0 Comment