Cara Siram Nera Plant Booster pada Tanaman Berbuah Jangka Panjang

Sebelum membaca entry ini, anda boleh klik pada 2 link di bawah untuk memudahkan anda ketahui perkara asas mengenai cara penggunaan dan sukatan Nera Plant Booster.




Anda boleh juga rujuk jadual di bawah iaitu Panduan Sukatan Nera Plant Booster berdasarkan keluasan kawasan.



Di negara kita, tanaman berbuah jenis jangka panjang memang menjadi pilihan untuk ditanam seperti mangga, durian, nangka, cempedak dan rambutan. 


Contohnya ialah pokok mangga. Tak kira jenis mangga apa pun, kita boleh lihat kebanyakan rumah samada di kampung atau di bandar, mereka akan menanam sekurang-kurangnya sepohon pokok mangga. Cukuplah untuk makan seisi keluarga, bersedekah pada jiran dan ia dapat meredupkan halaman rumah. 

  

Tahukan anda? 
Nera Plant Booster juga sangat sesuai untuk disiram pada pokok-pokok berbuah jenis jangka panjang.  Bermula dari peringkat anak pokok, sehinggalah sudah besar, berbunga, berputik, berbuah dan sehinggalah boleh dipetik, plant booster boleh digunakan. 


Bahkan buahnya akan lebih besar, berkualiti dan bebas penyakit kerana daya tahan yang tinggi pada serangan penyakit tanaman dan buah. Buah mangga sebagai contohnya, apabila telah masak, buahnya akan terasa lebih manis, kerana mendapat nutrien yang mencukupi dari baja kerana plant booster membantu penyerapan nutrient yang diurai dari baja. 


Jadi, kami ingin kongsikan cara siraman Nera Plant Booster untuk tanaman berbuah jangka panjang untuk memudahkan anda menggunakan plant booster ini pada tanaman anda. 


Caranya membancuhnya senang sahaja. Kita hanya perlu sediakan:

  • Nera Plant Booster
  • Air
  • Sebiji baldi
  • Bekas atau alat untuk sukat plant booster 

Cara-cara:
  • Masukkan air dan Nera Plant Booster, kacau hingga sebati 
  • Siram di sekeliling pokok 

NOTA:
* Kawasan siraman adalah bawah kanopi daun
* Pastikan siraman jauh dari pangkal pokok. 
* Siram setiap 2 minggu


Anda boleh rujuk pada video yang kami kongsikan disini.


Untuk jumlah sukatan, anda boleh rujuk pada jadual yang telah diberikan di atas. Selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.

You May Also Like

0 Comment