Jelajah Nera Plant Booster, Negeri Sembilan: Jelebu

Masih terasa aura semangat yang diberikan oleh 30 peserta dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Pilah semasa lawatan semalam. Tibalah masanya lawatan ke destinasi terakhir untuk Jelajah Nera Plant Booster kali ini iaitu di daerah Jelebu iaitu pada 27hb September 2019. 

Nera Plant Booster nak bantu petani di Jelebu pula. Lepas ni, bolehlah hasilkan cili yang lebih berkualiti, lebih pedas dan besar saiznya. Kenapa kami sebut cili? Kan ke Nismilan dan cili dah sinonim. Tak pedas tak sah makan kan? Terbayang pulak masak lomak cili api daging salai. Pedas berapi tapi makan tetap bertambah-tambah!



Lawatan kali ini ialah di Pejabat Pertanian Daerah Jelebu. Suasana semasa sesi penerangan tentang Nera Plant Booster. 



Team Jelajah Nera Plant Booster bergambar kenangan dengan para peserta. Bergambar dengan memegang Nera Plant Booster. Semoga tips pertanian dan perkongsian tentang penggunaan plant booster dalam pertanian dapat membantu para petani dalam usaha mereka berbudi kepada tanah.


Terima kasih kepada pihak Pejabat Pertanian Jelebu kerana sudi menerima kunjungan kami. Kami amat hargai kesudian mereka melapangkan masa buat kami dan kerjasama yang sangat baik yang telah diberikan. Kami doakan semua petani mendapat hasil tanaman yang lebih berkualiti dan hasil tuaian yang meningkat selepas penggunaan Nera Plant Booster.


Berakhir sudah sesi Jelajah Nera Plant Booster edisi Selatan di 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Kami akan meneruskan sesi jelajah yang seterusnya. Semoga usaha daripada pihak Nera Plant Booster by Edina Farm dapat membantu pada petani di seluruh Malaysia mendapat manfaat daripada penggunaan penggalak tumbuhan organik yang selamat, berkesan dengan harga mampu milik. 


Sehingga berjumpa lagi dalam sesi Jelajah Nera Plant Booster pada jelajah akan datang. Di kawasan mana pula, akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Jangan terlepas update terkini dari kami, ikuti kami di fanpage:
Nera Plant Booster by Edina Farm 

You May Also Like

0 Comment