5 Masalah Penyakit Pokok Cili & Cara Mengatasinya

by - September 30, 2019

Cili adalah antara bahan masakan yang wajib ada di dapur setiap hari. Justeru itu, tidak hairanlah kenapa pokok cili ialah antara tanaman sayur jenis berbuah yang menjadi tanaman yang selalu ditanam samada untuk dijual atau untuk dimakan sendiri sahaja. Menanam sekurang-kurang 1 atau 2 pokok cili di rumah sudah memadai jika ia berbuah dan dapat bertahan di pokok sehingga sudah boleh dipetik.



Menanam cili ada cabarannya kerana ia bukanlah semudah menanam bayam brazil dan kangkung! Selalu terjadi bila menanam cili, belum sempat merasa hasilnya, pokoknya sudah dilanda penyakit atau masalah. Kecewa, tak dapat merasa hasil tanaman sendiri. 


Berikut ialah 5 masalah penyakit yang lazim dihadapi oleh pokok cili:

1. Daun kerinting dan luruh
Daun kerinting adalah simptom pokok telah diserang serangga perosak. Cara untuk mengenalpastinya mudah sahaja. Cuba anda lihat di bahagian bawah daun. Sekiranya terdapat bintil-bintil hitam dan putih (seakan-akan tepung yang melekat), itu ialah afid dan lalat putih. Kedua-dua jenis serangga ini akan duduk di bawah daun cili dan menghisap daun dan seterusnya pokok cili akan dihinggapi penyakit. Pokok akan mulai tidak sihat yang menyebabkan daunnya mulai menjadi kerinting dan akhirnya luruh. 




2. Pokok mati setelah mula berbunga dan berbuah
Biasanya pokok yang ditanam daripada benih yang diambil dari buah sediada adalah kurang berkualiti. Contohnya benih yang kita hasilkan sendiri dari cili yang kita guna. Ia akan mudah diserang penyakit dan tidak dapat menghasilkan bunga dan buah yang berkualiti. Jadi, sebaiknya anda beli benih yang dijual dari pengeluar dan dengan pek yang berkualiti. 




3. Kehadiran semut hitam
Kebiasaannya, semut hitam akan datang pada pokok cili apabila 'bersarangnya' afid atau kutu daun. Bila anda melihat adanya semut hitam di sekitar atau pada pokok cili anda, itu adalah petanda bahawa pokok cili anda telah dihinggapi kutu daun. Anda perlu kerap periksa keseluruhan pokok cili anda (daun, pucuk, bunga dan buah), sekiranya simpton diserang afid dan kehadiran semut hitam, anda perlu menyembur racun organik pada pokok cili anda. 




4. Bunga Luruh
Anda tidak perlu risau sekiranya bunga cili luruh pada kali pertama ia berbunga. Namun, jika sehingga kali ketiga berbunga pun ia masih lagi luruh, pasti ada yang tidak kena pada pokok cili anda. Bunga cili boleh gugur sekiranya kurang air atau terlebih air. Oleh itu, pastikan anda menyiram pokok cili pada kadar yang betul. Medium tanah juga perlu seimbang, iaitu iaitu campuran tanah 3:2:1 untuk tanaman di dalam pasu.




5. Buah busuk dan gugur
Ini adalah fasa yang paling mengecewakan sekiranya ia berlaku. Bayangkan, di saat anda dah bersedia untuk menikmati hasil tanaman sendiri, tiba-tiba buah cili anda mulai busuk dan gugur. Gugur tanpa sempat anda memetiknya sendiri adalah saat yang sangat menyedihkan. Kenapa ini terjadi, sedangkan pokok ini sudah berada pada fasa untuk dipetik buahnya? Cuba anda koyakkan isi cili tersebut. Sekiranya terdapat ulat di dalamnya, itulah tandanya pokok anda telah diserang ulat buah. Lalat buah akan menyerang pokok-pokok yang berbuah. Ia akan menyuntik telurnya pada buah. Telurnya akan menetas pada masa buah telah masak ranum. 




Jadi, bagaimana cara mengatasi 5 jenis masalah yang lazimnya dihadapi pokok cili seperti yang dinyatakan di atas? 

Antaranya ialah:

  1. Menggunakan benih cili yang berkualiti
  2. Menyediakan medium tanah yang sesuai
  3. Menyiram dengan kuantiti air yang secukupnya
  4. Memberikan baja secara berkala
  5. Menyembur racun serangga organik
  6. Memberikan organik plant booster

Organik plant booster dapat membantu meningkatkan daya tahan penyakit pada tumbuhan. Ia adalah kaedah semulajadi yang selamat dan berkesan dalam membantu tumbuhan melawan serangan penyakit. 

Anda boleh buat sendiri di rumah (DIY) organik plant booster. Namun, jika anda tidak tahu bagaimana cara membuat organik plant booster dengan bahan-bahan, sukatan dan kaedah yang betul dan/atau anda ingin jimatkan masa juga tenaga anda, anda boleh dapatkan Nera Plant Booster. 


Nera Plant Booster sangat sesuai untuk semua jenis pokok cili. Jadi, anda sangat disarankan untuk menyembur Nera Plant Booster pada pokok cili anda. Ia bukan sahaja untuk meningkatkan daya tahan penyakit, malah pokok cili anda akan mendapat pelbagai manfaat lain lagi hasil dari penggunaannya. 



BACA DI SINI untuk mengetahui fungsi-fungsi lain Nera Plant Booster. Cara menggunakan Nera Plant Booster, anda boleh BACA DI SINI

Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada

You May Also Like

0 Comment