7 Tips Mudah Hasilkan Bunga Ros Berbunga Lebat

by - September 24, 2019

'Do not watch the petals fall from the rose with sadness, know that, like life, things sometimes must fade, before they can bloom again.' - Unkonwn

(Jangan melihat kelopak yang jatuh dari mawar dengan rasa sedih, ketahuilah bahawa, seperti kehidupan, hal-hal terkadang harus memudar, sebelum bisa mekar lagi.)

 


Bunga mawar atau lebih popular dengan nama bunga ros adalah bunga yang sangat sinonim dengan cinta dan kasih sayang. Bunga ros mempunyai pelbagai jenis dan warna yang sangat cantik. Ia adalah bunga yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pemberian istimewa, untuk menghiasi dalam perkahwinan, menjadi bunga untuk dekorasi dan ia adalah antara pokok hiasan yang mempunyai peminatnya tersendiri. 

Selain itu, terlalu banyak puisi dan kata-kata (quotes) yang menjadikan bunga ros sebagai subjek dan inspirasi dalam kata-kata. Contohnya yang kami kongsikan di atas, yang di ambil dari internet. Indah dan bermakna sekali kata-kata itu. Begitu istimewa sekali bunga ros, sesuailah dengan bentuknya yang cantik dan berbau harum. 



Kenapa kami kongsikan tentang bunga ros dalam entry kali ini? 

Sebenarnya, kami ingin berkongsi dengan anda, khususnya yang gemar menanam pokok bunga ros, iaitu tips mudah hasilkan bunga ros berbunga lebat. 

Biasanya, kita beli pokok bunga ros yang dah sedia berbunga. Bila dah gugur bunga yang dah sediada berbunga tu, tak dapat dah nak tengok bunga baru berputik dan berkembang. Mungkin ada di antara anda, rasa kecewa, kenapalah pokok bunga ros ditanam berbunga sekuntum dua saja. Daunnya saja yang banyak, tapi bunganya mana? Kenapa tak berbunga semula macam mula-mula beli dulu. 



Jangan kecewa! 
Ini kami kongsikan 7 tips hasilkan bunga ros berbunga lebat. 


1. Buang daun-daun yang telah rosak dan kuning.
Jangan sayang nak buang pulak. Sebab daun yang dah rosak dan kuning ni masih menyerap nutrien dari pokok. Jika disimpan pun, daun ini dah tak boleh elok semula, jadi buang saja. Nanti tumbuhlah pucuk baru. 



2. Cantas bahagian ranting dahan yang bunganya hampir layu.
Untuk dahan pada bunga yang dah hampir layu, anda boleh cantas dahannya. Ia boleh ditanam semula untuk dijadikan anak pokok baru. Setelah dicantas, akan tumbuh dahan baru yang lebih sihat dan pokok akan lebih rimbun. 



3. Gunakan organik plant booster
Organik plant booster ialah atau dalam Bahasa Melayu disebut penggalak tumbuhan ialah supplement yang diberikan kepada tanaman  untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman.  Ia ialah gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, membaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman. Plant pooster juga memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman dan membantu meningkatkan daya tahan penyakit ke atas tanaman. 

Anda tak tahu nak DIY plant booster dan tak tahu nak beli di mana? 

Anda boleh cuba Nera Plant Booster. Nera Plant Booster sangat sesuai untuk tanaman hiasan berbunga, termasuklah bunga ros kesayangan anda! Jadi, anda mesti cuba Nera Plant booster untuk bantu lebatkan bunga ros anda berbunga. 



4. Lakukan penanaman semula (repotting)
Sebaiknya, lakukkan penanaman semula (repotting) ke dalam pasu yang lebih besar untuk memberi lebih ruang kepada akar pokok untuk membesar. 



5. Pencahayaan yang mencukupi pada waktu pagi
Bunga ros adalah tumbuhan berbunga yang perlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Berikan cahaya pagi. Jika waktu tengahari dan petang, yang terbaik ialah kita alihkan daripada terkena cahaya matahari secara terus, kerana cuaca yang panas di negara kita boleh menyebabkan pokok terkena cahaya berlebihan dan akibatnya daun dan bunganya melecur. 



6. Siraman
Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari. Namun, ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering, barulah ia disiram (sekali sehari sahaja).



7. Baja Bunga
Baja untuk menggalakkan pokok berbunga juga perlu diberikan dengan mengikut aturan yang betul. Terdapat banyak jenis baja bunga yang dijual dipasaran. Gabungan penggunaan baja dan Nera Plant Booster dapat meningkatkan lagi hasil pokok kerana plant booster membantu memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman. 

Dengan Nera Plant Booster, impian anda untuk melihat bunga ros berputik dan berbunga lebat seperti gambar ni, akan jadi kenyataan. Anda mesti cuba dan nikmati kecantikannya umpama berada di taman bunga! 

Semoga perkongsian tips hasilkan bunga ros berbunga lebat yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda. 


Untuk maklumat lanjut tentang Nera Plant Booster, dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di Whatsapp  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.


Image source: Pixabay

You May Also Like

0 Comment