5 Tanaman Sayuran Boleh Tanam Sendiri di Rumah

by - September 25, 2019

Sedang kalut di dapur memasak, tiba-tiba baru perasan, daun limau purut pula tak ada stok! Terpaksa pergi ke rumah jiran pula minta beberapa helai. Itu kalau kenal jiran dan jiran pun ada stok daun limau purut. Kalau sebaliknya? Ke kedai dululah jawabnya. Silap-silap tak jadi masak, kita sekeluarga makan meggi sudahlah harini!

Pernah lalui situasi macam ni? 




Daun limau purut adalah antara tanaman sayuran yang kita kerap gunakan dalam masakan. Selain daripada itu, kunyit, daun sup, daun kesum dan kari juga perlu sentiasa ada stok di dapur. Jadi, apa kata kita tanam sendiri 5 jenis pokok ini di rumah. Bila perlu guna dalam masakan atau hendak dimakan, petik saja!


1. Pokok Limau Purut

Pokok limau purut mudah ditanam dan tidak perlukan penjagaan yang rumit. Ia adalah tumbuhan yang tahan lasak. Selain daun untuk digunakan dalam masakan, buah limau purut dikatakan boleh dipotong halus kulitnya dan diletakkan ditempat yang selalu dihurung semut. Semut akan lari, kerana tidak suka pada baunya. 



2. Pokok Kunyit
Pokok kunyit boleh dikatakan serbaguna pokoknya. Dari isi kunyit, daun dan bunganya, semuanya boleh dimakan. Air kunyit sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita, sehingga ia telah dikomersilkan. Anda tahu bila harga daun kunyit menjadi sangat mahal kerana permintaan yang sangat tinggi? Jawapannya ialah pada musim Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Jadi, tanamlah pokok kunyit di rumah untuk jimatkan kos dan tak perlu pusing sana-sini untuk beli daun kunyit kerana permintaan sangat tinggi pada 2 musim perayaan tersebut!



3. Daun Sup

Daun sup adalah pokok yang senang ditanam dan dijaga. Jangan dibuang bahagian akarnya., kerana inilah bahagian pokok untuk ditanam semula. Masukkan akarnya ke dalam air (teknik water propagation), atau boleh juga terus ditanam di dalam pasu. Bila hendak guna dalam masakan, petik sahaja. Senang sekali, kerana daun sup adalah sayuran yang kerap kita gunakan. Ia juga sedap dijadikan ulam.



4. Daun Kesum
Daun kesum mempunyai rasa yang unik. Ia adalah bahan utama untuk memasak laksa, asam pedas dan masak tempoyak. Ia juga sedap dijadikan ulam dalam nasi kerabu. Cara menanam daun kesum, sama seperti menanam daun sup. Ia juga boleh ditanam dengan kaedah hidroponik. Jimat kos dan tak perlu penjagaan rapi.



5. Pokok Kari
Masak kari tidak cukup terasa lazatnya tanpa dimasukkan daun kari. Jadi, menanam sekurang-kurangnya sepokok pokok kari di rumah adalah sangat berbaloi-baloi dan memudahkan urusan memasak. Pokok kari mempunyai daun yang menarik. Jika diletakkan di dalam pasu yang menarik, ia boleh dijadikan pokok hiasan. 


Antara 5 jenis tanaman ini, yang mana dah ada di rumah anda? Jika masih belum cukup semuanya, anda boleh lengkapkan koleksi 5 jenis tanaman ini. Ia menjimatkan masa dan kos. Di samping itu juga, menanam sayur-sayuran adalah salah satu terapi. Kepuasan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat perkembangan tanaman yang kita tanam, dari mula ia ditanam, membesar dan sehinggalah saat kita memetik dan menikmati hasilnya. 

Jadikan rumah kita sebagai kebun mini sayur-sayuran! Mulakan dengan 5 jenis pokok ini dahulu, kemudian boleh tambah lagi dengan koleksi pokok lain. Selamat mencuba. 



TIPS PENANAMAN:
Untuk tanaman sayuran seperti kelima-lima jenis ini, penjagaannya mudah sahaja. Untuk membantu meningkatkan hasilnya agar lebih segar, cepat membesar, tahan dengan jangkitan tanaman dan dapat menyerap nutrien baja dengan lebih baik, anda boleh gunakan penggalak tanaman (plant booster).

Nera Plant Booster sangat sesuai untuk tanaman sayuran berdaun untuk mendapatkan semua manfaat di atas. Baja pun anda perlu berikan, kerana plant booster bukanlah baja, ia sebagai supplement untuk tumbuhan. Gabungan baja dan plant booster akan meningkatkan hasil tanaman anda. 

Kaedah penggunaan Nera Plant Booster untuk tanaman sayuran berdaun senang sahaja, iaitu dengan kaedah spray. Campurkan 5 ml Nera Plant Booster dengan 1 liter air, kemudian spray, 2 kali seminggu pada seluruh daun. 



Anda boleh klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat mengenai Nera Plant Booster:


Atau, anda boleh terus Whatsapp kami untuk konsultasi percuma. 

You May Also Like

0 Comment