APAKAH PLANT BOOSTER

by - September 03, 2019


Apakah Plant Booster
Plant Booster atau Penggalak Tumbuhan ialah supplement yang diberikan kepada tanaman  untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman.  Ia merupakan gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, membaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman. Plant Booster juga memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman dan membantu meningkatkan daya tahan penyakit ke atas tanaman.



Bahan-bahan Plant Booster
Plant Booster diperbuat daripada bahan-bahan organik seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, molasses dan susu yang kemudiannya di fermentasikan. Daripada bahan-bahan ini, plant booster yang dihasilkan mengandungi mikrob yang berfaedah serta enzim, nutrient, vitamin, asid humik dan hormon semulajadi yang merangsang pertumbuhan tanaman. 



Tanaman yang Sesuai Gunakan Plant Booster
Plant booster sesuai untuk semua jenis tanaman iaitu tanaman hiasan berbunga, tanaman hiasan daun, tanaman sayuran berdaun, tanaman sayuran berbuah dan tanaman singkat masa. Ia sesuai digunakan pada semua peringkat tanaman iaitu dari anak pokok hingga berbunga, berbuah dan tua.



Adakah Plant Booster Itu Baja?
Plant Booster bukanlah baja, kerana ia tidak membekalkan NPK dan sebagainya kepada tanaman. Plant Booster ialah bahan penggalak tumbesaran semulajadi yang melalui  proses fermentasi.  Jadi, baja masih perlu diberikan kepada tanaman. Penggunaan baja boleh diminimakan apabila digandingkan dengan penggunaan Plant Booster.



Cara Penggunaan Plant Booster
Terdapat 2 cara penggunaan plant booster iaitu mengikut jenis tanaman iaitu:


1. Kaedah semburan: 
Sembur pada daun sebelum jam 11 pagi. 

Jenis tanaman: 
  • Tanaman hiasan berbunga
  • Tanaman hiasan daun
  • Tanaman sayuran berdaun
  • Tanaman sayuran berbuah
  • Tanaman singkat masa


2. Kaedah siraman: 
Siran pada permukaan tanah di bawah kanopi atau media tanaman di dalam bekas. 

Jenis tanaman:
  • Tanaman buah-buahan 





Kadar Penggunaan Plant Booster
Kadar penggunaan plant booster adalah bergantung kepada jenis tanaman. Untuk Nera Plant Booster by Edina Farm, berikut ialah cara penggunaan (siraman atau semburan) dan kadar penggunaan yang disarankan:


KAEDAH SEMBURAN

Tanaman Hiasan Berbunga
Rose Jepun, Tunera dan sebagainya
10ml NPB/ 1 liter air
*2 minggu sekali


Tanaman Hiasan Daun
Keladi, Puding dan sebagainya
5ml NPB/ 1 liter air
*2 minggu sekali


Tanaman Sayuran Berdaun
Sawi, Bayam, Kailan dan sebagainya
5ml NPB/ 1 liter air
*1 minggu sekali


Tanaman Sayur Berbuah
Timun, Cili, Bendi dan sebagainya
5ml NPB/ 1 liter air (Minggu 1 - 4)
10ml NPB/ 1 liter air (Minggu 5 - 8)
* 1 minggu sekali


Tanaman Singkat Masa
Jagung, Rock Melon, Tembikai dan sebagainya
5ml  NPB/ 1 liter air (Minggu 1 - 4)
10ml NPB/ 1 liter air (Minggu 5 - 8)
* 1 minggu sekali



KAEDAH SIRAMAN

Tanaman Buah-buahan
Durian, Mangga, Rambutan dan sebagainya
10ml NPB/ 1 liter air
* 2 minggu sekali



Cara Penyimpanan & Ketahanan Plant Booster


  • Kebiasaannya ketahanan plant booster ialah 6 bulan.
  • Cara penyimpanan ialah simpan di tempat gelap/teduh. 
  • JANGAN simpan dalam bekas kedap udara. 


Nera Plant Booster baik dipraktikkan untuk:

  • Pertanian organik
  • Pertanian konvensional
  • Fertigasi
  • Kombinasi fertigasi & booster
  • Kombinasi baja kimia & booster



Untuk maklumat lanjut atau pembelian Nera Plant Booster, anda boleh hubungi kami DI SINI atau terus ke:

You May Also Like

0 Comment