Lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Kebun Najwa Nazeri

by - September 20, 2019

Jelajah Nera Plant Booster ke Kebun Najwa Nazeri di Kelang pada 17 Ogos 2019 yang lepas adalah sangat istimewa kerana kebun tersebut pernah dilawat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdul Daim Zainuddin. 

Mereka telah melawat kebun tersebut untuk melihat sendiri kesungguhan usaha pemilik Kebun Najwa Nazeri yang menanam rock melon dan sayur-sayuran lain seperti cili dan peria. 

Berikut ialah antara gambar-gambar semasa lawatan tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, yang sentiasa menyokong dalam sektor pertanian. Tanah di negara kita adalah tanah yang subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Jika ia tidak diusahakan, adalah sangat rugi, kerana permintaan daripada sektor pertanian tidak pernah putus dan mendapat permintaan yang tinggi. 






Semoga lawatan Tun Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin dapat memberikan suntikan semangat untuk pihak Kebun Najwa Nazeri terus berusaha gigih dalam menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan, membuka peluang pekerjaan dan menjadikan sektor pertanian sebagai bidang  yang dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara. 



Gambar-gambar di bawah ini pula semasa team kami membuat Jelajah Nera Plant Booster di kebun yang sama.  







Kami telah memperkenalkan Nera Plant Booster kepada pihak Kebun Najwa Nazeri. Mereka belum pernah menggunakan plant booster untuk tanaman di kebun mereka. Dengan penggunaan Nera Plant Booster, ia dapat membantu meningkatkan hasil tanaman rock melon dan tanaman-tanaman yang lain. 

Encik Edlin dari Edina Farm dan pemilik Kebun Najwa Nazeri bersama dengan Nera Plant Booster



Encik Edlin memberikan penerangan tentang Nera Plant Booster 





Kami akan kongsikan lagi Jelajah Nera Plant Booster dari semasa ke semasa dalam usaha kami untuk menyebarkan manfaat produk ini untuk membantu petani meningkatkan hasil tanaman mereka. 


Untuk dapatkan Nera Plant Booster, boleh hubungi kami atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada

You May Also Like

0 Comment