Organik Plant Booster - Alternatif Penggunaan Bahan Kimia

by - September 19, 2019

Bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau campuran. Penggunaan bahan kimia telah digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor termasuklah sektor pertanian. 


Berikut ialah antara implikasi positif penghasilan dan penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian:

  • Membunuh serangga perosak
  • Mempercepatkan tumbesaran tanaman
  • Produktiviti lebih memuaskan
  • Menyuburkan tanah




Namun begitu, terdapat kesan negatif jika pengabaian etika dalam penghasilan dan penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian seperti:

  • Keracunan makanan
  • Pencemaran air
  • Hujan asid
  • Mengurangkan gizi makanan


Kesimpulannya ialah, penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian memberikan kesan positif dan negatif, bergantung kepada cara ia dihasilkan dan digunakan, dan perlu diurus dengan cekap supaya tidak berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.


Apakah Ada Alternatif Penggunaan Bahan Kimia dalam Sektor Pertanian?
Ya! Ada. Dengan penggunaan organik plant booster.


Kita boleh menggunakan organik plant booster sebagai alternatif penggunaan bahan kimia supaya manusia dan alam sekitar boleh mendapat manfaat dan tidak mendatangkan kemudaratan. Kini, penggunaan organik plant booster adalah alternatif untuk tanaman mendapat manfaat dengan kaedah semulajadi yang selamat, berkesan, mudah dan pada kos yang rendah. 




Organik plant booster boleh dibuat sendiri di rumah kerana bahan-bahan untuk menghasilkannya adalah daripada bahan-bahan yang selalunya ada di rumah atau mudah dibeli pada kos yang sangat rendah. Antaranya ialah menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran terpilih yang diperam dengan kultur mikrob.



Jika anda ingin menggunakan 'ready-made' organik plant booster, anda boleh menggunakan Nera Plant Booster. Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.

You May Also Like

0 Comment