7 Tanaman Bersihkan Udara dalam Rumah

by - September 23, 2019

Udara yang bersih di dalam rumah adalah sangat penting kerana ia membantu memberikan kesihatan yang lebih baik. Pencemaran udara semakin meruncing lebih-lebih lagi dengan keadaan jerebu yang semakin kerap berlaku. Bagaimana caranya nak dapatkan udara yang bersih? Gunakan penapis udara? Namun, bukan semua orang mampu memiliki penapis udara kerana harganya yang agak mahal. 


Tahukah anda, ada cara yang semua orang boleh gunakan dengan kaedah yang 'sangat jimat' untuk dijadikan alternatif  untuk 'membersihkan' udara, iaitu dengan meletakkan 7 jenis pokok ini di dalam rumah! Ia membantu meningkatkan kualiti udara yang lebih baik dan sebagai bonus, ia dapat dijadikan dekorasi items yang sangat menarik. 

Jadi, kami kongsikan dengan anda, 7 jenis tanaman yang membantu bersihkan udara dalam rumah. 


1. Sirih Gading 
Pokok sireh gading atau juga dikenali sebagai money plant mempunyai banyak jenis, iaitu mengikut corak daunnya. Antaranya ialah marble queen, devil's ivy, neon pothos, golden pothos, manjula potho,  epipremnum aureum dan pothos njoy. Ia boleh ditanam dalam medium tanah atau air. Penjagaannya adalah sangat mudah, tahan lasak, memerlukan sedikit sahaja pencahayaan dan boleh dibiakkan dengan keratan batang. Ia sejenis pokok menjalar yang sangat cantik dijadikan hiasan di dalam rumah.

Ia menyerap toksin-toksin berbahaya seperti formaldehyde.



2. Aloe Vera
Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai Pokok Lidah Buaya adalah sejenis tumbuhan yang berlendir. Ianya digunakan dalam industri kosmetik secara komersial kerana mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan secara terus pada kulit yang mengalami masalah jerawat atau sunburn dengan cara menyapu lendirnya pada bahagian yang bermasalah. Sifat antiseptik dan sejuknya dapat membantu meredakan masalah-masalah tersebut dengan cepat dan berkesan.

Dari sudut membantu membersihkan udara di dalam rumah pula, pokok aloe vera mampu menghapuskan bahan kimia berbahaya di udara seperti formaldehyde dan benzena.



3. Pakis Boston
Pakis Boston atau Boston Fern adalah daripada spesis tumbuhan pakis yang sangat mudah dijaga. Ia sejenis tumbuhan yang rimbun dan terbentuk cantik dan sangat popular sebagai indoor plant.  Menanam pakis boston bukan sahaja mencantikkan hiasan dalam rumah, namun yang lebih penting spesis ini mampu membersihkan udara dan melembabkan udara. Anda ada masalah kulit kering? Anda perlu cuba letakkan pokok pakis boston ini di dalam bilik tidur, kerana ia dikatakan dapat membantu mengatasi kulit kering. Cubalah!



4. Monstera Deliciosa
Monstera Deliciosa mempunyai daun yang sangat unik. Ia adalah indoor plant yang menjadi pilihan peminat indoor plant untuk dijadikan koleksi wajib mereka miliki. Bukan sahaja cantik, rupa-rupanya monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti udara di dalam rumah dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara. Jadi, ini adalah alasan yang sangat baik untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 pokok monstera deliciosa (kerana harganya agak mahal berbanding 6 lagi jenis tanaman yang lain!).



5. Lidah Mak Mertua

Pokok lidah mak mertua atau juga dikenali sebagai lidah jin, snake plant dan sanseviera. Terdapat banyak nama dan spesis pokok ini. Semuanya cantik dan unik dengan corak dan bentuknya. Gambar ini adalah salah satu daripadanya. Cantik, kan? Inilah antara pokok yang memberikan manfaat untuk membersihkan udara di dalam rumah dan sangat cantik dijadikan decor items. Pelbagaikan cara menghiasnya dengan menggunakan pasu dan bakul yang menarik. Ia menjadikan ruang kediaman anda sangat menarik dan berseri-seri. 



6. Dracaena
Spesis dracaena iatu sanderiana dan marginata adalah pokok yang sangat sesuai diletakkan di dalam bilik atau ruang yang selalu tertutup, iaitu jarang dibuka tingkapnya. Ia boleh menjadi penapis udara yang berkuap. Ia juga membantu menyegarkan udara. Jadi, inilah pokok yang perlu anda letakkan di dalam ruang yang selalu tertutup di rumah atau pejabat anda. 



7. Spider Plant
Spider plant memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Sekiranya anda risau dengan keadaan jerebu yang semakin kerap berlaku di negara kita, anda boleh letakkan beberapa pokok spider plant di dalam rumah anda.   Letakkan di ruang tamu, sudut keluarga, dalam bilik tidur, bilik bacaan dan di dapur! Tak perlu risau nak letak di banyak tempat, kerana pokok spider plant adalah murah sahaja harganya. Ia juga mudah membiak jika dijaga dengan baik dan mendapat pencahayaan yang secukupnya.


Dah ketahui 7 jenis tanaman ini, adakah anda teruja untuk mencubanya untuk dijadikan penapis udara semulajadi dengan kos rendah dengan mendapat bonus ia membantu mencantikkan lagi kediaman anda? Selamat mencuba dan semoga tips ini bermanfaat untuk anda. 


Sebagai makluman tambahan, kepada anda yang mungkin belum pernah memiliki pokok-pokok ini. Penjagaan ketujuh-tujuh jenis tanaman ini adalah mudah sahaja. Ia hanya perlukan siraman dan pencahayaan yang minima. Anda perlu berikan ia baja yang mencukupi dan sesuai. Jika anda nak tanaman anda ini lebih subur, daun yang lebih subur dan meningkatkan pembesarannya, anda boleh gunakan Nera Plant Booster sebagai supplement tambahan. 


Untuk dapatkan Nera Plant Booster, boleh hubungi kami atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.


Image source: Google Image & Pixabay

You May Also Like

1 Comment