Organik Plant Booster sebagai Penyubur Tanaman

by - September 17, 2019

Organik plant booster  ialah supplement yang diberikan kepada tanaman  untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman.  Ia juga ialah sebagai penyubur tanaman. 


Organik plant booster diperbuat daripada bahan-bahan organik seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, molasses dan susu yang kemudiannya di fermentasikan. Daripada bahan-bahan ini, plant booster yang dihasilkan mengandungi mikrob yang berfaedah serta enzim, nutrient, vitamin, asid humik dan hormon semulajadi yang merangsang pertumbuhan tanaman. 




Organik plant booster sesuai untuk semua jenis tanaman iaitu tanaman hiasan berbunga, tanaman hiasan daun, tanaman sayuran berdaun, tanaman sayuran berbuah dan tanaman singkat masa. Ia sesuai digunakan pada semua peringkat tanaman iaitu dari anak pokok hingga berbunga, berbuah dan tua.

Pokok sireh gading atau money plant adalah contoh tanaman hiasan berdaun yang menjadi pilihan penggemar tanaman hiasan untuk menghiasi dekorasi indoor dan outdoor


Organik plant booster yang merupakan gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, membaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman. Plant Booster juga memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman dan membantu meningkatkan daya tahan penyakit ke atas tanaman.



Penggunaan organik plant booster  terbukti dapat membantu menyuburkan tanaman. Ia juga membantu mempercepatkan pertumbuhan dan pendebungaan pokok. Sebab itulah penggunaan organik plant booster  sangat disarankan digunakan untuk setiap jenis tanaman di samping penggunaan baja dan kawalan serangga perosak. 



Klik DiSINI untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai organik plant booster  atau hubungi Admin Nera Plant Booster di talian whatsapp INI

You May Also Like

0 Comment