• UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • NERA PLANT BOOSTER
  • UJIAN SIRIM
  • REVIEW
  • AKTIVITI
  • SHOP
    • Shopee
    • Lazada
    • Whatsapp Order
  • FAQ
  • HUBUNGI KAMI
facebook instagram

Nera Plant Booster by Edina Farm

Tidur yang mencukupi dan berkualiti adalah sangat penting bagi setiap peringkat umur manusia. Bukan sahaja bayi dan kanak-kanak memerlukannya, bahkan orang dewasa pun sangat memerlukannya. Namun, keadaan hidup pada zaman sekarang menyebabkan agak sukar untuk mendapat tidur yang berkualiti. Antara faktor yang menyebabkan susah untuk tidur lena ialah persekitaran yang kurang selesa (seperti panas, bising dan gangguan gadjet), perasaan tidak tenteram, terlalu banyak berfikir dan paling menakutkan ialah masalah isomnia dan anxiety. 



Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah sukar tidur ialah dengan pengambilan ubat-ubatan (pastikan dengan nasihat daripada doktor ya!), penggunaan essential oil dan meletakkan tumbuh-tumbuhan hidup yang dapat membantu memberikan tidur yang lebih lena dan berkualiti. 


Bagaimana tumbuh-tumbuhan dapat membantu manusia mendapat tidur yang lebih lena dan berkualiti? Seperti tidak logik bunyinya, kan? Namun, itulah antara kehebatan ciptaan Allah pada setiap makhluk ciptaan-Nya, yang memberi manfaat kepada makluknya yang lain. 

Berikut ialah 6 tumbuhan yang sangat sesuai diletakkan di dalam bilik tidur untuk membantu mendapatkan tidur yang lebih lena:



1. Lavender

Lavender adalah sejenis bunga yang mempunyai aroma yang menenangkan. Menghidu baunya boleh memberi kelegaan dan sekaligus menenangkan. Sebab itulah, bagi penggemar essential oil, mereka pasti tahu bahawa lavender adalah minyak pati yang wajib mereka miliki. Jika anda tidak mahu menggunakan essential oil lavender, anda boleh sahaja letakkan pokok lavender di bilik tidur anda. Ia boleh membantu anda mendapat udara yang lebih segar dengan aromanya yang menenangkan. 



2. Jasmine
Bunga Jasmin atau dikenali juga sebagai bunga melur, adalah bunga yang sangat istimewa kerana ia adalah bunga dari syurga. Warnanya yang putih adalah lambang kesucian. Baunya yang sangat harum sungguh mendamaikan. Baunya dapat menenangkan dan sekaligus memberikan rasa selesa. Kualiti tidur dapat ditingkatkan. Apabila bangun tidur, dikatakan badan akan terasa lebih segar dan bersemangat. 



3. Snake Plant
Snake plant atau juga dikenali sebagai Pokok Lidah Mak Mertua telah mendapat pengikhtirafan daripada NASA bahawa ia adalah antara 12 jenis tanaman penulenan udara. Ia membebaskan oksigen yang membersihkan udara, sekaligus membantu memberikan suasana dalam bilik tidur yang segar. Secara tidak langsung, ia membantu memberikan tidur yang lebih lena. 



4. Pokok Aloe Vera
Seperti juga pokok snake plant, pokok aloe vera adalah tanaman yang dapat membersihkan udara khususnya di dalam ruang yang tertutup dan kecil seperti bilik tidur. Jadi, dengan meletakkan pokok aloe vera di dalam bilik tidur, ia dapat memberikan udara yang lebih bersih dan membekalkan oksigen. Suasana yang nyaman dan tenang dapat membantu tidur yang lena dan berkualiti.



5. English Ivy
English Ivy adalah sejenis pokok yang menjalar. Ia cantik ditanam sebagai tanaman gantung. NASA juga telah memberikan pengikhtirafan bahawa pokok english ivy adalah antara 12 tanaman penulenan udara yang berkesan. Gantungkan sepasu pokok english ivy di bilik tidur anda untuk menikmati keindahan daunnya yang menjalar dan dapatkan tidur yang lebih lena sebelum anda memulakan hari baru yang lebih bersemangat dan segar keesokan harinya!



6. Golden Pothos
Golden Pothos juga tersenarai dalam 12 tumbuhan penulenan udara yang diikhtiraf oleh NASA. Ia adalah tanaman yang menjalar seperti english ivy. Ia sangat mudah ditanam dan memerlukan penjagaan yang minima. Sangat sesuai ditanam sebagai indoor plant kerana memerlukan pencahaya yang sedikit sahaja. Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, anda mesti meletakkan sekurang-kurangnya sepokok golden pothos dibilik tidur anda. 



Semoga perkongsian dari kami ini dapat membantu anda mencari usaha untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dengan kos yang rendah. Meletakkan tumbuh-tumbuhan seperti ini bukan sahaja dapat membantu anda tidur lebih lena, bahkan dapat dijadikan terapi untuk memberi ketenangan. Melihat tumbuh-tumbuhan hijau selama beberapa saat dapat memberikan rasa segar pada mata anda. Jika anda penat mengadap gadjet atau membaca buku contohnya, selang-selikan dengan memandang tumbuhan hijau di sekitar anda. Tak dapat tengok pemandangan luas, dapat tengok sepohon pokok di atas meja atau ditepi katil pun sudah memadai.


Selamat mencuba tips mudah ini. Oh ya, jika anda ingin menjaga pokok anda agar hidup dengan lebih segar, cantik, membesar dengan baik dan tahan dengan jangkitan penyakit, jangan lupa dapatkan Nera Plant Booster daripada kami. Nera Plant Booster, rakan tumbuhan kesayangan anda!


Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Cili adalah antara bahan masakan yang wajib ada di dapur setiap hari. Justeru itu, tidak hairanlah kenapa pokok cili ialah antara tanaman sayur jenis berbuah yang menjadi tanaman yang selalu ditanam samada untuk dijual atau untuk dimakan sendiri sahaja. Menanam sekurang-kurang 1 atau 2 pokok cili di rumah sudah memadai jika ia berbuah dan dapat bertahan di pokok sehingga sudah boleh dipetik.



Menanam cili ada cabarannya kerana ia bukanlah semudah menanam bayam brazil dan kangkung! Selalu terjadi bila menanam cili, belum sempat merasa hasilnya, pokoknya sudah dilanda penyakit atau masalah. Kecewa, tak dapat merasa hasil tanaman sendiri. 


Berikut ialah 5 masalah penyakit yang lazim dihadapi oleh pokok cili:

1. Daun kerinting dan luruh
Daun kerinting adalah simptom pokok telah diserang serangga perosak. Cara untuk mengenalpastinya mudah sahaja. Cuba anda lihat di bahagian bawah daun. Sekiranya terdapat bintil-bintil hitam dan putih (seakan-akan tepung yang melekat), itu ialah afid dan lalat putih. Kedua-dua jenis serangga ini akan duduk di bawah daun cili dan menghisap daun dan seterusnya pokok cili akan dihinggapi penyakit. Pokok akan mulai tidak sihat yang menyebabkan daunnya mulai menjadi kerinting dan akhirnya luruh. 




2. Pokok mati setelah mula berbunga dan berbuah
Biasanya pokok yang ditanam daripada benih yang diambil dari buah sediada adalah kurang berkualiti. Contohnya benih yang kita hasilkan sendiri dari cili yang kita guna. Ia akan mudah diserang penyakit dan tidak dapat menghasilkan bunga dan buah yang berkualiti. Jadi, sebaiknya anda beli benih yang dijual dari pengeluar dan dengan pek yang berkualiti. 




3. Kehadiran semut hitam
Kebiasaannya, semut hitam akan datang pada pokok cili apabila 'bersarangnya' afid atau kutu daun. Bila anda melihat adanya semut hitam di sekitar atau pada pokok cili anda, itu adalah petanda bahawa pokok cili anda telah dihinggapi kutu daun. Anda perlu kerap periksa keseluruhan pokok cili anda (daun, pucuk, bunga dan buah), sekiranya simpton diserang afid dan kehadiran semut hitam, anda perlu menyembur racun organik pada pokok cili anda. 




4. Bunga Luruh
Anda tidak perlu risau sekiranya bunga cili luruh pada kali pertama ia berbunga. Namun, jika sehingga kali ketiga berbunga pun ia masih lagi luruh, pasti ada yang tidak kena pada pokok cili anda. Bunga cili boleh gugur sekiranya kurang air atau terlebih air. Oleh itu, pastikan anda menyiram pokok cili pada kadar yang betul. Medium tanah juga perlu seimbang, iaitu iaitu campuran tanah 3:2:1 untuk tanaman di dalam pasu.




5. Buah busuk dan gugur
Ini adalah fasa yang paling mengecewakan sekiranya ia berlaku. Bayangkan, di saat anda dah bersedia untuk menikmati hasil tanaman sendiri, tiba-tiba buah cili anda mulai busuk dan gugur. Gugur tanpa sempat anda memetiknya sendiri adalah saat yang sangat menyedihkan. Kenapa ini terjadi, sedangkan pokok ini sudah berada pada fasa untuk dipetik buahnya? Cuba anda koyakkan isi cili tersebut. Sekiranya terdapat ulat di dalamnya, itulah tandanya pokok anda telah diserang ulat buah. Lalat buah akan menyerang pokok-pokok yang berbuah. Ia akan menyuntik telurnya pada buah. Telurnya akan menetas pada masa buah telah masak ranum. 




Jadi, bagaimana cara mengatasi 5 jenis masalah yang lazimnya dihadapi pokok cili seperti yang dinyatakan di atas? 

Antaranya ialah:

  1. Menggunakan benih cili yang berkualiti
  2. Menyediakan medium tanah yang sesuai
  3. Menyiram dengan kuantiti air yang secukupnya
  4. Memberikan baja secara berkala
  5. Menyembur racun serangga organik
  6. Memberikan organik plant booster

Organik plant booster dapat membantu meningkatkan daya tahan penyakit pada tumbuhan. Ia adalah kaedah semulajadi yang selamat dan berkesan dalam membantu tumbuhan melawan serangan penyakit. 

Anda boleh buat sendiri di rumah (DIY) organik plant booster. Namun, jika anda tidak tahu bagaimana cara membuat organik plant booster dengan bahan-bahan, sukatan dan kaedah yang betul dan/atau anda ingin jimatkan masa juga tenaga anda, anda boleh dapatkan Nera Plant Booster. 


Nera Plant Booster sangat sesuai untuk semua jenis pokok cili. Jadi, anda sangat disarankan untuk menyembur Nera Plant Booster pada pokok cili anda. Ia bukan sahaja untuk meningkatkan daya tahan penyakit, malah pokok cili anda akan mendapat pelbagai manfaat lain lagi hasil dari penggunaannya. 



BACA DI SINI untuk mengetahui fungsi-fungsi lain Nera Plant Booster. Cara menggunakan Nera Plant Booster, anda boleh BACA DI SINI

Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera Sissoo juga dikenali sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan Samba Lettuce.


Bayam Brazil boleh dikatakan sebagai tanaman sayuran yang viral di Malaysia sejak kebelakangan ini. Ia sangat mudah ditanam, memerlukan penjagaan yang minimum, mempunyai banyak khasiat dan boleh dipelbagaikan dalam menu masakan. Semestinya ia sedap dan harganya murah!

Bayam Brazil 



Bayam Brazil adalah dalam kumpulan sayuran daun yang bersaiz kecil dan renek. Daun Bayam Brazil berwarna hijau pekat. Ia sesuai ditanam di dalam pasu, polibeg, di atas tanah dan dalam tayar terpakai. Cara untuk membiakkan Bayam Brazil ialah melalui keratan batang. Cucukkan terus di atas tanah atau letakkan di dalam air (kaedah water propagation). Setelah akarnya tumbuh, bolehlah ditanam di tanah. 

Potong dahannya. Ambil daun untuk di makan. Dahannya pula jangan di buang! Ambil untuk ditanam semula. 



Bayam Brazil tidak berlendir dan rangup. Sebab itu ia sesuai dimakan sebagai ulam dan boleh juga dijadikan salad. Untuk masakan pula, Bayam Brazil sesuai dan sedap di masak goreng belacan, masak lemak, sayur tumis, goreng celup tepung, goreng bersama ikan masin dan diletakkan di dalam nasi goreng. Anda pernah cuba menu yang mana satu?

Bayam Brazil Goreng Belacan



Selain dari rasanya yang sedap, Bayam Brazil juga dikatakan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan iaitu:

  1. Sumber Vitamin K
  2. Membantu menguatkan tulang
  3. Membantu meningkatkan imuniti badan
  4. Membantu melancarkan sistem penghadaman
  5. Membantu meredakan sembelit
  6. Membantu melancarkan peredaran darah
  7. Membantu mencegah anemia
  8. Membantu menguatkan tulang
  9. Mengekalkan stamina
  10. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung


Sejauh mana ketepatan maklumat ini, tidak dapat kami pastikan. Walau apa pun, kita tetap perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Namun, kita sedia maklum bahawa pengambilan sayuran berdaun hijau adalah amat baik untuk kesihatan badan secara amnya. Jadikan amalan memakan sayuran hijau dalam diet harian kita sekeluarga untuk kesihatan yang lebih baik. Jadi, Bayam Brazil adalah antara sayuran yang boleh kita jadikan menu di rumah. 



Bayam Brazil yang ditanam di dalam tayar kereta terpakai. 

Bayam Brazil boleh tanam sendiri di rumah. Dengan kaedah penanaman melalui keratan batang dan boleh di tanam di dalam pasu, tiada alasan untuk kita tidak menanam sayur-sayuran sendiri di rumah. Anda boleh mula menanam dengan 1 pasu sahaja dahulu sebagai percubaan. Nantikan hasilnya. Mungkin selepas itu anda akan menanam berpasu-pasu lagi pokok Bayam Brazil kerana anda tidak perlu lagi membeli apabila ingin memakannya. 



Jika anda perlukan supplement untuk Bayam Brazil atau apa juga jenis tanaman sayuran anda, anda boleh gunakan Nera Plant Booster. Anda boleh dapatkan maklumat mengenai Nera Plant Booster DI SINI. 


Untuk maklumat lanjut dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di Whatsapp  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comment


1. Apakah Plant Booster?
Plant Booster atau Penggalak Tumbuhan ialah supplement yang diberikan kepada tanaman  untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman.  Ia merupakan gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, membaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman. Plant Booster juga memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman dan membantu meningkatkan daya tahan penyakit ke atas tanaman.


2. Apakah bahan-bahan dalam penghasilan Plant Booster?
Plant Booster diperbuat daripada bahan-bahan organik seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, molasses dan susu yang kemudiannya di fermentasikan. Daripada bahan-bahan ini, plant booster yang dihasilkan mengandungi mikrob yang berfaedah serta enzim, nutrient, vitamin, asid humik dan hormon semulajadi yang merangsang pertumbuhan tanaman. 


3. Apakah jenis tanaman yang sesuai gunakan Plant Booster?
Plant booster sesuai untuk semua jenis tanaman iaitu tanaman hiasan berbunga, tanaman hiasan daun, tanaman sayuran berdaun, tanaman sayuran berbuah dan tanaman singkat masa. Ia sesuai digunakan pada semua peringkat tanaman iaitu dari anak pokok hingga berbunga, berbuah dan boleh dituai.


4. Adakah Plant Booster Itu Baja?
Plant Booster bukanlah baja, kerana ia tidak membekalkan NPK dan sebagainya kepada tanaman. Plant Booster ialah bahan penggalak tumbesaran semulajadi yang melalui  proses fermentasi.  Jadi, baja masih perlu diberikan kepada tanaman. Penggunaan baja boleh diminimakan apabila digandingkan dengan penggunaan Plant Booster.


5. Bagaimanakah cara penggunaan Plant Booster?
Terdapat 2 cara penggunaan plant booster iaitu mengikut jenis tanaman iaitu:

  • Kaedah semburan
  • Kaedah siraman

6. Bagaimana kadar penggunaan Plant Booster?
Kadar penggunaan plant booster adalah bergantung kepada jenis tanaman.


7. Bagaimana cara penyimpanan & berapa lama ketahanan Plant Booster?

  • Kebiasaannya ketahanan plant booster ialah 6 bulan.
  • Cara penyimpanan ialah simpan di tempat gelap/teduh. 
  • JANGAN simpan dalam bekas kedap udara. 


8. Nera Plant Booster baik dipraktikkan untuk apa?


  • Pertanian organik
  • Pertanian konvensional
  • Fertigasi
  • Kombinasi fertigasi & booster
  • Kombinasi baja kimia & booster


9. Apakah keistimewaan Nera Plant Booster yang menjadikan ia plant booster yang sangat disarankan untuk digunakan oleh para petani dan sesiapa sahaja yang menanam tanaman?  
Klik DI SINI untuk membaca 5 Fakta mengenai Nera Plant Booster, untuk anda ketahui keistimewaan Nera Plant Booster. 



10. Bagaimanakah cara ingin membeli Nera Plant Booster?
Untuk dapatkan Nera Plant Booster, boleh Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Tanam pokok bunga jenis berbunga, tapi malangnya daun saja yang lebat menghiasi pokok, tapi bunganya tiada. Mana bunganya? Kenapa hanya daun yang banyak? Kuranglah seri pokok tanpa bunganya. Inilah antara dilema dialami oleh kebanyakan peminat pokok bunga. 

Medium penanaman dah sesuai. Siraman dah diberikan dengan betul. Pencahayaan pun dah dijaga dengan baik. Baja pun dah letak. Tapi kenapa masih belum berbunga? Jika berbunga pun, sikit sangat bunganya. 

Situasi begini juga di alami oleh seorang pelanggan kami, yang pokok bunganya tidak berbunga walaupun telah diletakkan baja. Kami nak kongsikan dengan anda, maklumbalas yang kami terima daripada beliau setelah menggunakan Nera Plant Booster.




Terbaik. Baru spray sekali sahaja. 2 pokok telah berbunga. 

2 bulan sebelum ini, beliau telah berikan baja jenis biji untuk pokok bunganya. Tapi, dalam tempoh 2 bulan tersebut, pokok masih belum mengeluarkan bunga. Lepas spray Nera Plant Booster sekali sahaja, 2 pokok dah berbunga. Beliau masih menunggu lagi 2 pokok berbunga. Kami sama-sama tunggu!



 Kami dapat gambarkan bagaimana perasaan teruja pelanggan kami bila melihat pokok orkid-nya ini telah berbunga. Cantik sekali!







Kenapa bila spray plant booster, walaupun baru sekali sahaja, pokok terus mengeluarkan bunga? Baja biji yang telah 2 bulan diberikan itu, tak bagus dan tak berkesan ke?

Ini mungkin menjadi persoalan, kan?


Sebenarnya bukan baja itu yang tidak berkesan. Perlu ditekankan di sini, penggunaan baja mesti juga diberikan kepada pokok walaupun kita dah gunakan plant booster, kerana plant booster bukan baja. Plant Booster ialah penggalak tanaman. 


Secara ringkasnya, penggunaan plant booster membantu pokok menyerap semua nutrien baja. Apabila pokok telah mendapat 100% nutrien baja, barulah pokok dapat berbunga dan berbuah (untuk pokok jenis berbuah). Itulah yang berlaku pada pokok bunga pelanggan kami ini. Jika baja sahaja diletakkan, ia mengambil masa yang lebih lama untuk berbunga, kerana kadar penyerapan nutrien baja lebih lambat tanpa penggunaan plant booster. 


Jika pokok bunga anda juga mengalami keadaan seperti ini, anda sangat digalakkan menggunakan Nera Plant Booster untuk membantu mempercepatkannya berbunga. Untuk hasil yang lebih baik, anda gunakan baja khusus untuk pokok berbunga. 


Untuk maklumat lanjut atau pembelian Nera Plant Booster, anda boleh hubungi kami DI SINI atau terus ke:

Shopee: Nera Plant Booster by Edina Farm Booster Baja Organik Fertilizer
Lazada: Nera Plant Booster by Edina Farm Organic Fertilizer
Whatsapp: +601 11245 9945
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Jelajah Nera Plant Booster, Selatan, kami mulakan dengan menjelajah kebun persendirian milik Encik Kamarul di Kluang, Johor. 


Kebun Encik Kamarul ini di tanam dengan rock melon dan timun. Kebun ini mengeluarkan hasil sebanyak 1 tan sebulan. Ia adalah kebun yang diselenggara dengan sangat baik dan mempunyai susunan tanaman yang kemas dan sekaligus menjadikan pemandangan yang sangat menarik. 














Kami telah memberikan penerangan tentang kaedah penggunaan Nera PLant Booster yang spesifik khusus untuk kebun ini berdasarkan kepada keluasan dan jenis tanaman yang ditanam. 


Terima kasih kepada Encik Kamarul kerana memberi peluang kepada kami untuk menyebarkan manfaat Nera Plant Booster. Kami doakan semoga hasil tanaman kebun ini akan bertambah baik lagi dengan penggunaan Nera Plant Booster. 


Berakhirlah sesi jelajah Nera Plant Booster di Kluang, kami teruskan jelajah kami ke destinasi seterusnya iaitu di Batu Pahat dan Tangkak. Kami akan kongsikan dalam entry akan datang. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Sedang kalut di dapur memasak, tiba-tiba baru perasan, daun limau purut pula tak ada stok! Terpaksa pergi ke rumah jiran pula minta beberapa helai. Itu kalau kenal jiran dan jiran pun ada stok daun limau purut. Kalau sebaliknya? Ke kedai dululah jawabnya. Silap-silap tak jadi masak, kita sekeluarga makan meggi sudahlah harini!

Pernah lalui situasi macam ni? 




Daun limau purut adalah antara tanaman sayuran yang kita kerap gunakan dalam masakan. Selain daripada itu, kunyit, daun sup, daun kesum dan kari juga perlu sentiasa ada stok di dapur. Jadi, apa kata kita tanam sendiri 5 jenis pokok ini di rumah. Bila perlu guna dalam masakan atau hendak dimakan, petik saja!


1. Pokok Limau Purut

Pokok limau purut mudah ditanam dan tidak perlukan penjagaan yang rumit. Ia adalah tumbuhan yang tahan lasak. Selain daun untuk digunakan dalam masakan, buah limau purut dikatakan boleh dipotong halus kulitnya dan diletakkan ditempat yang selalu dihurung semut. Semut akan lari, kerana tidak suka pada baunya. 



2. Pokok Kunyit
Pokok kunyit boleh dikatakan serbaguna pokoknya. Dari isi kunyit, daun dan bunganya, semuanya boleh dimakan. Air kunyit sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita, sehingga ia telah dikomersilkan. Anda tahu bila harga daun kunyit menjadi sangat mahal kerana permintaan yang sangat tinggi? Jawapannya ialah pada musim Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Jadi, tanamlah pokok kunyit di rumah untuk jimatkan kos dan tak perlu pusing sana-sini untuk beli daun kunyit kerana permintaan sangat tinggi pada 2 musim perayaan tersebut!



3. Daun Sup

Daun sup adalah pokok yang senang ditanam dan dijaga. Jangan dibuang bahagian akarnya., kerana inilah bahagian pokok untuk ditanam semula. Masukkan akarnya ke dalam air (teknik water propagation), atau boleh juga terus ditanam di dalam pasu. Bila hendak guna dalam masakan, petik sahaja. Senang sekali, kerana daun sup adalah sayuran yang kerap kita gunakan. Ia juga sedap dijadikan ulam.



4. Daun Kesum
Daun kesum mempunyai rasa yang unik. Ia adalah bahan utama untuk memasak laksa, asam pedas dan masak tempoyak. Ia juga sedap dijadikan ulam dalam nasi kerabu. Cara menanam daun kesum, sama seperti menanam daun sup. Ia juga boleh ditanam dengan kaedah hidroponik. Jimat kos dan tak perlu penjagaan rapi.



5. Pokok Kari
Masak kari tidak cukup terasa lazatnya tanpa dimasukkan daun kari. Jadi, menanam sekurang-kurangnya sepokok pokok kari di rumah adalah sangat berbaloi-baloi dan memudahkan urusan memasak. Pokok kari mempunyai daun yang menarik. Jika diletakkan di dalam pasu yang menarik, ia boleh dijadikan pokok hiasan. 


Antara 5 jenis tanaman ini, yang mana dah ada di rumah anda? Jika masih belum cukup semuanya, anda boleh lengkapkan koleksi 5 jenis tanaman ini. Ia menjimatkan masa dan kos. Di samping itu juga, menanam sayur-sayuran adalah salah satu terapi. Kepuasan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat perkembangan tanaman yang kita tanam, dari mula ia ditanam, membesar dan sehinggalah saat kita memetik dan menikmati hasilnya. 

Jadikan rumah kita sebagai kebun mini sayur-sayuran! Mulakan dengan 5 jenis pokok ini dahulu, kemudian boleh tambah lagi dengan koleksi pokok lain. Selamat mencuba. 



TIPS PENANAMAN:
Untuk tanaman sayuran seperti kelima-lima jenis ini, penjagaannya mudah sahaja. Untuk membantu meningkatkan hasilnya agar lebih segar, cepat membesar, tahan dengan jangkitan tanaman dan dapat menyerap nutrien baja dengan lebih baik, anda boleh gunakan penggalak tanaman (plant booster).

Nera Plant Booster sangat sesuai untuk tanaman sayuran berdaun untuk mendapatkan semua manfaat di atas. Baja pun anda perlu berikan, kerana plant booster bukanlah baja, ia sebagai supplement untuk tumbuhan. Gabungan baja dan plant booster akan meningkatkan hasil tanaman anda. 

Kaedah penggunaan Nera Plant Booster untuk tanaman sayuran berdaun senang sahaja, iaitu dengan kaedah spray. Campurkan 5 ml Nera Plant Booster dengan 1 liter air, kemudian spray, 2 kali seminggu pada seluruh daun. 



Anda boleh klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat mengenai Nera Plant Booster:

  • Apakah Plant Booster
  • Nera Plant Booster
  • 5 Fakta Tentang Nera Plant Booster
  • Cara Guna Nera Plant Booster
  • Cara Membancuh Nera Plant Booster

Atau, anda boleh terus Whatsapp kami untuk konsultasi percuma. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
'Do not watch the petals fall from the rose with sadness, know that, like life, things sometimes must fade, before they can bloom again.' - Unkonwn

(Jangan melihat kelopak yang jatuh dari mawar dengan rasa sedih, ketahuilah bahawa, seperti kehidupan, hal-hal terkadang harus memudar, sebelum bisa mekar lagi.)

 


Bunga mawar atau lebih popular dengan nama bunga ros adalah bunga yang sangat sinonim dengan cinta dan kasih sayang. Bunga ros mempunyai pelbagai jenis dan warna yang sangat cantik. Ia adalah bunga yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pemberian istimewa, untuk menghiasi dalam perkahwinan, menjadi bunga untuk dekorasi dan ia adalah antara pokok hiasan yang mempunyai peminatnya tersendiri. 

Selain itu, terlalu banyak puisi dan kata-kata (quotes) yang menjadikan bunga ros sebagai subjek dan inspirasi dalam kata-kata. Contohnya yang kami kongsikan di atas, yang di ambil dari internet. Indah dan bermakna sekali kata-kata itu. Begitu istimewa sekali bunga ros, sesuailah dengan bentuknya yang cantik dan berbau harum. 



Kenapa kami kongsikan tentang bunga ros dalam entry kali ini? 

Sebenarnya, kami ingin berkongsi dengan anda, khususnya yang gemar menanam pokok bunga ros, iaitu tips mudah hasilkan bunga ros berbunga lebat. 

Biasanya, kita beli pokok bunga ros yang dah sedia berbunga. Bila dah gugur bunga yang dah sediada berbunga tu, tak dapat dah nak tengok bunga baru berputik dan berkembang. Mungkin ada di antara anda, rasa kecewa, kenapalah pokok bunga ros ditanam berbunga sekuntum dua saja. Daunnya saja yang banyak, tapi bunganya mana? Kenapa tak berbunga semula macam mula-mula beli dulu. 



Jangan kecewa! 
Ini kami kongsikan 7 tips hasilkan bunga ros berbunga lebat. 


1. Buang daun-daun yang telah rosak dan kuning.
Jangan sayang nak buang pulak. Sebab daun yang dah rosak dan kuning ni masih menyerap nutrien dari pokok. Jika disimpan pun, daun ini dah tak boleh elok semula, jadi buang saja. Nanti tumbuhlah pucuk baru. 



2. Cantas bahagian ranting dahan yang bunganya hampir layu.
Untuk dahan pada bunga yang dah hampir layu, anda boleh cantas dahannya. Ia boleh ditanam semula untuk dijadikan anak pokok baru. Setelah dicantas, akan tumbuh dahan baru yang lebih sihat dan pokok akan lebih rimbun. 



3. Gunakan organik plant booster
Organik plant booster ialah atau dalam Bahasa Melayu disebut penggalak tumbuhan ialah supplement yang diberikan kepada tanaman  untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman.  Ia ialah gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, membaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman. Plant pooster juga memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman dan membantu meningkatkan daya tahan penyakit ke atas tanaman. 

Anda tak tahu nak DIY plant booster dan tak tahu nak beli di mana? 

Anda boleh cuba Nera Plant Booster. Nera Plant Booster sangat sesuai untuk tanaman hiasan berbunga, termasuklah bunga ros kesayangan anda! Jadi, anda mesti cuba Nera Plant booster untuk bantu lebatkan bunga ros anda berbunga. 



4. Lakukan penanaman semula (repotting)
Sebaiknya, lakukkan penanaman semula (repotting) ke dalam pasu yang lebih besar untuk memberi lebih ruang kepada akar pokok untuk membesar. 



5. Pencahayaan yang mencukupi pada waktu pagi
Bunga ros adalah tumbuhan berbunga yang perlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Berikan cahaya pagi. Jika waktu tengahari dan petang, yang terbaik ialah kita alihkan daripada terkena cahaya matahari secara terus, kerana cuaca yang panas di negara kita boleh menyebabkan pokok terkena cahaya berlebihan dan akibatnya daun dan bunganya melecur. 



6. Siraman
Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari. Namun, ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering, barulah ia disiram (sekali sehari sahaja).



7. Baja Bunga
Baja untuk menggalakkan pokok berbunga juga perlu diberikan dengan mengikut aturan yang betul. Terdapat banyak jenis baja bunga yang dijual dipasaran. Gabungan penggunaan baja dan Nera Plant Booster dapat meningkatkan lagi hasil pokok kerana plant booster membantu memudahkan penyerapan nutrien yang telah terurai oleh tanaman. 

Dengan Nera Plant Booster, impian anda untuk melihat bunga ros berputik dan berbunga lebat seperti gambar ni, akan jadi kenyataan. Anda mesti cuba dan nikmati kecantikannya umpama berada di taman bunga! 

Semoga perkongsian tips hasilkan bunga ros berbunga lebat yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda. 


Untuk maklumat lanjut tentang Nera Plant Booster, dan/atau pembelian, anda boleh hubungi di Whatsapp  Whatsapp atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.


Image source: Pixabay
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Udara yang bersih di dalam rumah adalah sangat penting kerana ia membantu memberikan kesihatan yang lebih baik. Pencemaran udara semakin meruncing lebih-lebih lagi dengan keadaan jerebu yang semakin kerap berlaku. Bagaimana caranya nak dapatkan udara yang bersih? Gunakan penapis udara? Namun, bukan semua orang mampu memiliki penapis udara kerana harganya yang agak mahal. 


Tahukah anda, ada cara yang semua orang boleh gunakan dengan kaedah yang 'sangat jimat' untuk dijadikan alternatif  untuk 'membersihkan' udara, iaitu dengan meletakkan 7 jenis pokok ini di dalam rumah! Ia membantu meningkatkan kualiti udara yang lebih baik dan sebagai bonus, ia dapat dijadikan dekorasi items yang sangat menarik. 

Jadi, kami kongsikan dengan anda, 7 jenis tanaman yang membantu bersihkan udara dalam rumah. 


1. Sirih Gading 
Pokok sireh gading atau juga dikenali sebagai money plant mempunyai banyak jenis, iaitu mengikut corak daunnya. Antaranya ialah marble queen, devil's ivy, neon pothos, golden pothos, manjula potho,  epipremnum aureum dan pothos njoy. Ia boleh ditanam dalam medium tanah atau air. Penjagaannya adalah sangat mudah, tahan lasak, memerlukan sedikit sahaja pencahayaan dan boleh dibiakkan dengan keratan batang. Ia sejenis pokok menjalar yang sangat cantik dijadikan hiasan di dalam rumah.

Ia menyerap toksin-toksin berbahaya seperti formaldehyde.



2. Aloe Vera
Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai Pokok Lidah Buaya adalah sejenis tumbuhan yang berlendir. Ianya digunakan dalam industri kosmetik secara komersial kerana mempunyai manfaat untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan secara terus pada kulit yang mengalami masalah jerawat atau sunburn dengan cara menyapu lendirnya pada bahagian yang bermasalah. Sifat antiseptik dan sejuknya dapat membantu meredakan masalah-masalah tersebut dengan cepat dan berkesan.

Dari sudut membantu membersihkan udara di dalam rumah pula, pokok aloe vera mampu menghapuskan bahan kimia berbahaya di udara seperti formaldehyde dan benzena.



3. Pakis Boston
Pakis Boston atau Boston Fern adalah daripada spesis tumbuhan pakis yang sangat mudah dijaga. Ia sejenis tumbuhan yang rimbun dan terbentuk cantik dan sangat popular sebagai indoor plant.  Menanam pakis boston bukan sahaja mencantikkan hiasan dalam rumah, namun yang lebih penting spesis ini mampu membersihkan udara dan melembabkan udara. Anda ada masalah kulit kering? Anda perlu cuba letakkan pokok pakis boston ini di dalam bilik tidur, kerana ia dikatakan dapat membantu mengatasi kulit kering. Cubalah!



4. Monstera Deliciosa
Monstera Deliciosa mempunyai daun yang sangat unik. Ia adalah indoor plant yang menjadi pilihan peminat indoor plant untuk dijadikan koleksi wajib mereka miliki. Bukan sahaja cantik, rupa-rupanya monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti udara di dalam rumah dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara. Jadi, ini adalah alasan yang sangat baik untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 pokok monstera deliciosa (kerana harganya agak mahal berbanding 6 lagi jenis tanaman yang lain!).



5. Lidah Mak Mertua

Pokok lidah mak mertua atau juga dikenali sebagai lidah jin, snake plant dan sanseviera. Terdapat banyak nama dan spesis pokok ini. Semuanya cantik dan unik dengan corak dan bentuknya. Gambar ini adalah salah satu daripadanya. Cantik, kan? Inilah antara pokok yang memberikan manfaat untuk membersihkan udara di dalam rumah dan sangat cantik dijadikan decor items. Pelbagaikan cara menghiasnya dengan menggunakan pasu dan bakul yang menarik. Ia menjadikan ruang kediaman anda sangat menarik dan berseri-seri. 



6. Dracaena
Spesis dracaena iatu sanderiana dan marginata adalah pokok yang sangat sesuai diletakkan di dalam bilik atau ruang yang selalu tertutup, iaitu jarang dibuka tingkapnya. Ia boleh menjadi penapis udara yang berkuap. Ia juga membantu menyegarkan udara. Jadi, inilah pokok yang perlu anda letakkan di dalam ruang yang selalu tertutup di rumah atau pejabat anda. 



7. Spider Plant
Spider plant memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Sekiranya anda risau dengan keadaan jerebu yang semakin kerap berlaku di negara kita, anda boleh letakkan beberapa pokok spider plant di dalam rumah anda.   Letakkan di ruang tamu, sudut keluarga, dalam bilik tidur, bilik bacaan dan di dapur! Tak perlu risau nak letak di banyak tempat, kerana pokok spider plant adalah murah sahaja harganya. Ia juga mudah membiak jika dijaga dengan baik dan mendapat pencahayaan yang secukupnya.


Dah ketahui 7 jenis tanaman ini, adakah anda teruja untuk mencubanya untuk dijadikan penapis udara semulajadi dengan kos rendah dengan mendapat bonus ia membantu mencantikkan lagi kediaman anda? Selamat mencuba dan semoga tips ini bermanfaat untuk anda. 


Sebagai makluman tambahan, kepada anda yang mungkin belum pernah memiliki pokok-pokok ini. Penjagaan ketujuh-tujuh jenis tanaman ini adalah mudah sahaja. Ia hanya perlukan siraman dan pencahayaan yang minima. Anda perlu berikan ia baja yang mencukupi dan sesuai. Jika anda nak tanaman anda ini lebih subur, daun yang lebih subur dan meningkatkan pembesarannya, anda boleh gunakan Nera Plant Booster sebagai supplement tambahan. 


Untuk dapatkan Nera Plant Booster, boleh hubungi kami atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.


Image source: Google Image & Pixabay
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Newer Posts
Older Posts

NERA PLANT BOOSTER BY EDINA FARM

About Me

TINGKATKAN HASIL TANAMAN ANDA SEBANYAK 40% DENGAN PENGGUNAAN NERA PLANT BOOSTER BY EDINA FARM

Nera Plant Booster by Edina Farm adalah penggalak & penguat tanaman yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.

Ia sesuai untuk semua jenis tanaman, mengurangkan penggunaan baja & boleh digunakan dalam pembuatan kompos/bokashi.

OPEN FOR DROPSHIP

OPEN FOR DROPSHIP

Follow Us

  • facebook
  • instagram

Facebook

Instagram

Recent Posts

Popular Posts

  • 5 Masalah Penyakit Pokok Cili & Cara Mengatasinya
  • Bayam Brazil
  • APAKAH PLANT BOOSTER
  • 7 Tips Mudah Hasilkan Bunga Ros Berbunga Lebat
  • 6 Tumbuhan Yang Dapat Membantu Tidur Lebih Lena
  • 7 Tanaman Bersihkan Udara dalam Rumah
  • Nera Plant Booster by Edina Farm

Label

  • Jelajah Nera Plant Booster
  • NERA Plant Booster
  • Organik Plant Booster
  • Testimoni dan Review
  • Tips dan Info Tanaman

Blog Archive

  • October 2019 (9)
  • September 2019 (26)

Contact Us

Name

Email *

Message *

NERA @ SHOPEE

NERA @ SHOPEE

NERA @ LAZADA

NERA @ LAZADA

Total Pageviews

Created with by ThemeXpose