Jelajah Nera Plant Booster, Selatan: Kebun Cili di Pulau Gadong, Melaka

Kisah Jelajah Nera Plant Booster, Kluang dah pun kami kongsikan sebelum ini, jadi hari ini kita sambung lagi kisah perjalanan kami dalam siri Jelajah Nera Plant Booster, Selatan Malaysia di Melaka, Bandaraya Bersejarah pula. 


Jelajah Nera Plant Booster di Melaka ini ialah pada hari 23hb September 2019 (Isnin). Kami  telah berkunjung ke kebun cili besar milik Encik Muhammad Asrol di Pulau Gadong. Kebun ini akan menjadi test plot untuk Nera Plant Booster. 

Sumber: BH Online



Oh ya, kami memang menantikan peluang ke Melaka untuk menyebarkan manfaat penggunaan organic plant booster kepada para petani di sana. Peluang ini kami gunakan dengan sehabis baik, walaupun pada masa tersebut jerebu melanda negara kita termasuklah negeri Johor dan Melaka akibat kebakaran hutan di Indonesia. Kualiti udara pada masa tersebut  sangat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan apabila terdedah kepada persekitaran luar. Bayangkan, kami nak masuk kebun dalam keadaan jerebu yang adakalanya IPU mencecah sehingga 100+.  


Namun, syukur Alhamdulillah, dengan kuasa dan rezeki dari Allah, ke mana saja kami pergi, hujan turun dengan lebatnya! Ia umpama hujan rahmat yang turut merestui perjuangan kami. Bila dah hujan, keadaan jerebu semakin berkurangan dan kualiti udara bertambah baik. Dapatlah kami masuk kebun tanpa perlu pakai mask!


Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima kunjungan kami dan layanan sangat mesra yang diberikan. Kami sangat menghargainya dan akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan manfaat Nera Plant Booster. 



Nera Plant Booster - Dari Petani untuk Petani


Kami berkongsi dari hati dan dengan penuh keikhlasan, kerana kami juga adalah petani yang menjiwai dan merasai bagaimana perasaan dan perjalanan hidup sebagai petani. Melihat tanaman tidak menjadi apetah lagi mati, umpama merobek hati. Ia melibatkan kerugian masa, tenaga dan kos. Namun, kala melihat tanaman hidup dengan subur sehinggalah hasilnya dapat dituai, ia umpama kepuasan yang tidak terhingga, terasa hilang segala penat lelah dan keringat yang dititiskan sepanjang proses penanaman berjalan. 


Sebab itulah, team Nera Plant Booster sangat komited dalam usaha mencapai misi kami untuk membantu petani meningkatkan hasil tanaman mereka melalui penggunaan penggalak tanaman organik dengan harga mampu milik, mudah digunakan dan boleh digunakan untuk semua jenis tanaman. Inilah dia, Nera Plant Booster!


Sebelum kami akhiri kisah jelajah NPB di kebun ini, kami kongsikan pemandangan sekitar kebun cili ini. 

Mereka pasti tidak sabar untuk melihat perkembangan pokok-pokok cili ini selepas di-aplikasikan Nera Plant Booster. Jika mereka tak sabar, kami pun juga tak sabar nak terima berita gembira dari mereka. Jadi sama-sama kita tunggu!




Semoga kesan penggunaan Nera Plant Booster dapat melipat-gandakan hasil tuaian cili di kebun Encik Muhammad Asrol pada musim ini dan seterusnya. InsyaAllah. 


Untuk sesi jelajah seterusnya, kami akan kongsikan dalam entry akan datang. Di mana pula tu? Tunggu!

You May Also Like

0 Comment